UPU : UiTM Diploma Sains Aktuari (Part 2)

2:32am
4/16/2017

Assalamualaikum ya habibi ya maulana
Salam Sejahtera also for those who cant answer my salam.

Hi! Welcome back for the second part of my previous version which is >> UPU: UiTM Diploma Sains Aktuari (Part 1) << First of all thank you for the views and all the emails. Aku try nak reply semua sekali tapiii korang tanya masa nak dekat final memang tak de masa la aku nak jawab hehe (fokus final nyeh). Post ni pun start dikarang 2 hari selepas paper yang terakhir untuk menjawab persoalan adik adik yang menanya tu. Basically this post title supposed to be "FAQ Diploma Sains Aktuari."


#1 "Diploma Sains Aktuari ni ada dekat mana je?"

Just before start, nak tegur. Some of yang email tu, memanglah they asked and i answered. Janganlah nak merungut pasal tempat jauh. Kalau lah Tapah dan Seremban tu awak rasa jauh, macam mana nak proceed study oversea? Memang lah jauh dari kawasan bandar tapi cuba kita think positive, kalau dekat kawasan bandar duit habeh jaaa tiap minggu nak berjimba gi mall. Fyi, both tapah and seremban punya kampus sediakan youolz facilities yang torbaik dari ladang ok. Sebab both uitm ni baru. Tapi takde la seindah kolej kat amerikano tu. Asalkan kolej dia selesa, kelas pun beraircond, cantik, PC jenama Dell lagi. Apa lagi korang nak? TV? TV pun ada kat setiap Bilik Kuliah tau. Seremban punya kampus pun lawa cause i've been there once!

#2 "Aktuari ni berapa peratus math berapa peratus menghafal?"

Bagi aku, 65% math. and the rest banyak subject theory yang kena hafal definition, points semua tu la. Lepastu nanti masa final uolz kena buat essay 10 markah tp ada 7-10 soalan. Dalam satu sem tu ada 1-3 subjek menghafal, the rest mengira. Bagi aku lagi, selepas belajar any math subjects kat uni, korang akan rasa addmath tu umpama kacang gajus je. Sebab the math becomes more complicated pastu sometimes u tak jumpa numbers pun but symbols pulak yang banyak. But don't worry, mesti boleh punya. Sebab lecturer uitm akan mengajar korang sampai pandai. Cuma jangan suka ponteng kelas je sudah lepas tu masa final mengharap kawan lain ajar yuolz dari zero. No, no. 

#3 "Addmath saya dapat ______ boleh ke nak amik actuary ni?"

Al-kisah nya, my friend ni dapat 4 flat tiap sem, tetapiii add math dia masa spm dapat B. Untuk meyakinkan you olz, korang pun pasti boleh punya ah. Faham tak perbezaan orang yang dulu dapat B untuk add math dengan yang sekarang GPA 4 flat manjang? Ingat dapat 4flat senang ke? Even aku dapat A masa spm dulu pun, GPA sekarang sekadar menyedapkan hati je. Conclusion, SPM tu tak penting sgt cuma melayakkan engkorang masuk U mana yang korang nak je la. Asalkan awak tahu pasal math sikit sikit dan tak de la terlalu "tak tahu apa apa" pasal addmath langsung. Asalkan korang nampak addmath tu macam mana. Pls jangan tanya kalau mod math pulak macam mana. Mod math does the same macam addmath jugak okay?

#4 "Anggaran cost belajar actuary (diploma only)"

Aku rasa semua tahu kot UiTM punya yuran paling murah nak dibandingkan dengan semua IPTA IPTS yang lain. Sem 1 korang akan bayar yuran lebih sikit. Tapi sem 2 dan selanjutnya, korang akan bayar RM530 kalau tak ada apa apa perubahan la. Macam aku, aku amik PTPTN, so dia tolak dari duit yg kita pinjam tu. So tak de lah beban kan parents bayarkan yuran kita tiap sem. Tapi, biasalah perit untuk kita nanti nak bayar balik besaq nanti. K next, buku. Anggaran satu buku teks tebal tu RM50 above. Tapi kalau manual yang lecturer korang buat tu dalam harga less than RM30. Biasanya berbelas belas je.

#5 "Actuary ni apa?"

Ni common question la. Aku cuba kay untuk explain kan apa actuary ni setelah belajar introduction of actuarial science, dan menghadiri ke dua actuarial talks. Apa yang korang kena tahu, actuary ni umpama gabungan mathematics dan statistics. Paling cliche actuary buat, dia akan tentukan pricing untuk insurance policy by using mathematical formula based on insured's information(orang yang beli insurans tu). Statistics nya apa? Nanti first sekali lepas sebuah company tu beli insurance tu, akan ada satu process ni nama dia "underwriting". Underwriting ni adalah satu proses dimana underwriter/insurer(orang jual insurans) akan evaluate company berdasarkan statistical information company tu, financial condition dan banyak lagi.Ah malas nak bukak buku lagi, sebab dah simpan kemas cun cun dah sempena cuti 5 bulan ni. Actuary juga kena tahu risiko risiko yang ada, so actuary akan tengok probability untuk terkena risiko tu untuk tentukan pricing produk insurans awak tu and dia jugak akan guna risk management strategies untuk atasi risiko tersebut. Ok, untuk mathematical formula yang actuary guna tu pun ada yang guna formula dari statistics jugak sebenarnya. Sebabtu actuary ni combination math dgn stat. 2 benda ni tak sama ya anak anak. Oh ya awak akan jumpa beratus formula masa awak belajar actuary ni. Beratus tu means dari awal sem 1 dulu la. Tu aku cakap ilmu actuary ni luas sebenarnya. Yang aku terangkan ni pun bukanlah keseluruhannya. Nanti korang belajar  benda korang tahu lebih la.

Sorry kalau ada yang salah explain ke. Sebabtu tak berani nak explain panjang lagi. Kalau nak more exact and more detailed go research kat official website IFoA >> actuaries.org.uk  <<

#6 "Actuary nanti boleh kerja apa?"

Historically, actuary kerja untuk life insurance je. Tapi makin lama, field actuary ni boleh ke macam macam. Haritu aku gi talk ni dia yang cakap eh,

  • Life Insurance - 26%
  • Pensions (income during retirement) - 22%
  • General insurance - 12%
  • Investment - 12%
  • Education (cth:lecturer) - 2%
  • Health and care - 1%
  • Others (cth: bank, finance, risk management etc) -32%

K taknak cerita lebih, aku just bagi apa yang aku dapat masa pergi talk haritu. Sebab ilmu di dada pasal pekerjaan actuary ni tak cukup lagi.

#7 "Macam mana nak jadi qualified actuary?"

Actuary memang best especially bab gaji. Tapi, u need to pass a series of very challenging professional examinations. Exam memang ok, tapi nak bayar exam tu kita kena ikut currency tau. Kalauu awak ambik Society of Actuary (US) awak kena bayar ikut dollar. Tapi kalau awak amik Insttitute Faculty of Actuary (UK) kena ikut pound dia pulak. IFoA ni aku tahu sikit la. Tapi for more infos go click link below:- 


Haa sory la tak mampu explain. Banyak sangat kena terang. Pandai pandai la. Kalau nak jadi actuary, awak sendiri kena rajin rajin research. Tapi masa aku pergi talk, yang bagi talk tu cakap, you better finish your diploma first if u want to proceed all these exams. Bagi aku pulak, biarlah diri sendiri dah ready dulu sebab risiko nak failed pun tinggi jugak kang sia sia melabur duit tu haa sedihh nanti.

recheck email.............

#8 "Aktuari belajar pasal apa?"

Benda yang aku dah belajar, mathematics, statistics, financial math, risk management and banyak lagi. Kan previous post dah tunjuk gambar korang akan belajar subject apa. Tapi asasnya, awak kena ada basic subject macam account, programming, economics, calculus dan lain lain. Rasanya tu subjek fakulti je sebab course lain pun ada belajar jugak hiks. Tapi kira asas la tu. Tanpa subject basic ni awak tak mampu nak belajar subjek aktuari. Tapi ni taraf diploma la orang kampung cakap. Takat degree semua tu i tutup telinga tutup mata dulu. Sebab nak menghadap financial math pun terkial lagi, Takut weh nak amik result 12 Mei ni. 

#9 "Peluang pekerjaan susah ke senang nak dapat?"

Bergantung rezeki jugak. Sebab aku pun tak tahu macam mana lah nak apply kerja ni nanti. Mostly chinese yang kerja as actuary ni. Orang cina ni, yang dikejarnya adalah ilmu, kita orang melayu banyak nak actuary ni sebab gaji kan? Sebabtu orang cina dominate this industry. Maka kita pun kena lah ubah nawaitu kita dulu. Tapi semoga rezeki kita luas dapat lah kerja ni. InsyaAllah.. Aamiinnnn

#10 "My experience belajar actuary"

Alhamdulillah takat ni 3 sem dekan. Cuma in details tu kita rahsiakan. Mostly semua student actuary dekan 3 sem ni. Tak caya, try la dapatkan dekan dulu, nanti masa anugerah dekan awak nampak muka actuary berlambak walaupun ahli ahli nya sikit je. Biar kuantiti kita sikit, tapi kualitinya power *thumbs up* Tapi! Sem 4 sangkut kat financial math hahahaha sumpah tak menjanji kan dekan this sem. Kalau dapat aku nazar something lah aishh. Sebab possibility nak dapat tu bagai nak tunggu jodoh dengan anak raja ja. Don't worry kalau awak pandai and rajin, lepas tu faham apa lecturer ajar boleh la tu. Lecturer aku pesan, sem 4 ni kalau awak gifted tapi tak usaha, awak takkan dapat. Apa apa pun kena usaha. Anyway, if rezeki u dapat diploma actuary, nanti masa awak sem 4, try buat past sem financial math (code :ASC303) March 2017 tau! (Still tak puas hati kenapa soalan susah sangat 😭 )

Okay takat ni je kot. Kalau ada lagi soalan sama yang orang selalu tanya, i'll update here.

Please don't ask me to make decision for u. Contohnya pilih matriks or diploma. Dia ikut awak. Tapi ambik la matriks. Uitm sekarang buat macam macam hal lah cuti 5 bulan la setahun la. Bagi orang lambat nak grad je. Tapi aku cakap ni, jangan dengar cakap orang sangat kayy, ikut kehendak sendiri. Kalau awak mampu cabar diri awak and sabar, try la diploma. Diploma okay je, sama je still dipandang jugak.

One more, jangan tanya kalau result math/add math/ bi/ bhs arab etc saya dapat blablabla boleh ke saya nak amik actuary?  Nah requirement kalau nak diploma sains aktuari ni.

======================================================================================================================
Candidates must fulfill the UNIVERSITY GENERAL REQUIREMENTS and:

1. Passed SPM or equivalent qualifications (recognized by the Government of Malaysia) with credits in the following subjects:

- Mathematics

- Additional Mathematics
- Physics / Chemistry / Biology / Additional Science /Science
- English
 - a pass in History (applicable for SPM 2013)


source: https://fskm.uitm.edu.my/v4/index.php/2015-05-21-01-12-29/2015-05-21-01-19-14/diploma/diploma-in-actuarial-science-cs112#entry-requirement
====================================================================================================================

Jangan tanya pasal scholarship ya kat saya coz basically idk anything pasal scholarship. Awak tu terer sangat, saya biasa biasa jerp. Huuhuu.

#update 3rd part pasal actuary - published!

K best of luck,

velo