What i learnt in Diploma Actuarial Science (subjects) at UiTM

30/1/2018


**WARNING**
THIS IS ONE LONG POST AND VERY TIRING FOR YOU TO READ ALL

---------- READ AT YOUR OWN RISK ----------

Hello everyone!! I just edited my blog which looks brighter than the previous black-themed yang nampak macam sedih je. Well sekarang dah nampak ceria kan? New year, new me gitewww. Welcome 2018 walaupun hampir sebulan dah berlalu. Harini ada mood nak menulis panjaaaang sangat since i kat hospital teman my bro warded kat ppum so i pun nak acah la nampak educated jugak menghadap laptop (sbb jelez sikit nampak doctor je pandai laaaa, kita ni nampak bodoh je tapi tu la bodoh science tapi power in math kan?!) (dah lama pendam benda ni)

Oh yaaa bytheway, i just ended my diploma (5 sems) dengan harapan tak repeat weh jangan lah. Pray for me, my dear. Doakan insan yang beritahu awak itu ini pasal actuary ni, sampai ada 3 posts cakap pasal actuary je dengan harapan dan tujuan, adik adik tahu dan faham apa itu actuary sebelum awak mohon dalam upu tu. Sebab dulu akak main bedal je cuba nasib ni padahal zero knowledge pasal actuary ni sebab even baca blog orang aku tak faham mende. Ceh mana lah tahu korang pun sebenarnya tak faham ke. Tapi tujuanku, tulus ikhlas i am hoping for you to understand what is actuary before you hit the submit button into the system sbb aku taknak korang menyesal if tak kena selera korang ke takut nanti berhenti di separuh jalan je. [#update alhamdulillah geng tak de repeat!] My third post pun kalini diinspirasikan oleh adik adik jugak yang tak pernah putus asa tanya dekat email tu sampaikan aku dah malas nak membalas sebab aku terlalu busy assignments and projects haritu. End up aku padamkan email yang aku pernah stated-kan dekat post lama tu. Dia macam ada satu musim tu berduyun orang tanya benda yang sama. My previous blogposts pasal actuary pun dah reach 30k viewers huwaaaa i tak pernah rasa famous sebegini yuolsz. But thank you so much guys for reading this whole craps tapi craps yang berguna kan. Total up my blogposts semua pun almost nak ke 100k haa omg rasa famous amoszzzz sangaddd haha. bapak geli siotz

OK BOLEH LA KOT START ADOHH BEBEL PULAK. WAHAAAA. Tajuk kalini, the subjects i learnt sepanjang 5 sems and their description for all of it with my results haha sokay i open minded je. Zaman akak dulu eceh pakat takut gitu je la dengan bunyi bunyi nama subjek yang menakutkan itu. Pastu belajar fahamkan masa tu jugak. But now, i hope you guys will understand what you are going to learn soon first before u start belajar dengan lecturers nanti so that it will ease your journey for Diploma in Actuarial Science at UiTM.

Notes: maybe akan ada some subjects i dah lupa, but i'll try my best to ingat balik. ANDDDD please note that im not a genius-head. I am an average person who work hard to get what i want. So, my results reflecting my hardwork pay-off gituww. Basically, my results besher besher je jika nak dibandingkan dengan my friends yang 4 flat manjang or 3.9 above sepanjang sem.


GPA - CURRENT SEM

CGPA - AVERAGE CURRENT SEM + PAST SEM

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SEMESTER 1

RESULT : GPA : 3.77 CGPA : 3.77

ACC106 - INTRODUCTION TO FINANCIAL ACCOUNTING AND REPORTING
CREDIT HOUR : 3.0 | RESULT : A-

Sebelum mula apa apa, aku memang tak suka account, tak pernah suka dan tak akan suka. Aku belajar pun terpaksa. Yang aku ingat masa final, balance sheet aku macam shit beza dia 10k apahal tah. Papehal pun aku paling tak suka account hahahahaha. 

Ok buat yang belajar account masa spm tu ni la benefit korang sebab tak silap aku subject ni summarizekan apa yang korang belajar masa spm. Ada balance sheet, cashflow, haa yang masa pmr pun ada yang bentuk T tu, kita bukak akaun itu lah ini lah. Sori la yang i tahu akaun pmr je yang KHB perdagangan, tu pun bagi aku dah susah der, yang spm tu sori la i taktau apa yang u belajar masa spm hehe. Yang i tau apa yang susah for budak account (spm) is subject ni guna english , masa spm guna bm kan? Member i pun ada ngomel gak pasal ni. Time belajar diorg tanya each other (budak budak akaun) balance sheet tu imbangan duga kan? macam tu la whatsoever ahhh aku malas nak fikir pasal akaun. Bye.

ASC172 - PRINCIPLE OF RISK MANAGEMENT AND INSURANCE
CREDIT HOUR : 3.0 | RESULT : B+

Carrymark aku teruk tenuk ah sebab aku lah manusia paling tak suka hafal words words ni. (banyak betul benda aku tak suka) Sebab masa belajar, jasad aku disitu tapi fikiran ku melayang-layang. Everytime. Tapi, every class risk aku akan record apa miss cakap kat depan sambil aku tertido so nnt kalau nak belajar balik (tapi tak belajar balik pun. Belajar masa final je) boleh dengar balik. Korang pun boleh lah try buat ni, maksud aku yang record tu la.. Tido dalam kelas tu jangan. Tapi, masa final aku rasa aku struggle nak mati subjek ni sebab aku tau carrymark aku rendah. 7 hari aku menghadap benda ni je. Tak ingat la aku jawab apa time final.

Basically, apa korang belajar is basic things pasal insurance and actuary. Ni subjek menghafal tau. No math. Korang semua akan terkejut dengan so many new terms yang tak pernah ada masa spm plus english dia susah woi. This is the first subject actuary korang akan belajar. Buku teks and notes dia jangan jual tau. Sebab masa sem 4 and 5 dengan degree sekali korang akan guna. And everything yang korang belajar ni akan dibawa-bawa terus sem sem akan datang and degree maybe. So fahamlah dari awal.. Contoh yang aku ingat.. definition of insurance is the pooling of hahaha sory tak ingat la. If u jenis otak hafal then bagus sbb benefit for you untuk banyak lagi subjek akan datang.

CSC119 - FUNDAMENTAL COMPUTER SCIENCE 
CREDIT HOUR : 4.0 | RESULT : A

Half teori, half kira. For me subjek ni very nice. Rindu la sebab i had fun learning this dengan sir pun kelakar. So apa yang korang akan belajar and yang aku ingat for the theory part are about computer, components dia, virus computer, malware, anti virus semua and all. For calculation, korang belajar bytes dealing with number 0 1 then lukis bentuk macam circuit tak ingat weh tapi dia macam ada bentuk smiley =D =( macam tu. Tapi memang best, it's like you're playing puzzle.

CTU101 - FUNDAMENTAL OF ISLAM 
CREDIT HOUR : 2.0 | RESULT : A

Assalamualaikum anak anak hehe ini lah subjek agama. Fardhu kifayah, fardhu ain, sunnah sunnah semua. Banyak terms arab. Final nanti bahagian essay, tak yah hafal banyak, buat karangan je macam spm tu. Ni contoh dia eh




ELC120 - INTEGRATED LANGUAGE SKILLS : LISTENING 
CREDIT HOUR : 3.0 | RESULT : A-

OK gaiz elc ni ada untuk 3 sem as persediaan nak amik MUET. Try to adapt belajar semua elc ni so that kita tak payah susah susah nak pergi bengkel berbayor tu. Cukup ilmu didada je macam i kahkah, dapat la muet band 4. Ai yang english tak terer ni pun leh dapat band 4 chuolsz pun pasti boleh dapat lebih terer punyer. For listening ni senang je sebab keje u dengar je pastu tulis. Macam kitaorg, ada aktiviti dalam kelas miss bukak lagu sorry - jb pastu kitaorang fill in the blank dalam lirik dia by dengar je. Usually benda ni as carry mark je tp final nanti bukan listening macam ni tau. Dia ada reading comprehension which dia bagi passage u jawab soalan dia.

HBU111 - NATIONAL KESATRIA I 
CREDIT HOUR : 1.0 | RESULT : A-

Ok for those yang tak tahu ni subjek apa, ini adalah aktiviti kokorikulum. Masuk pointer tau tapi 1 credit hour je la. But still affect pointer gak. And, ada final jugak. Depends korang amik koko apa :) yang ni aku nasihatkan masuk kesat tau. Korang seksa 1 sem je. 

MAT183 - CALCULUS 1 
CREDIT HOUR : 3.0 | RESULT : A

Yayyy the only subject sem ni yang ada banyak calculation. BANYAK sangat. Ada satu part tu soalan wajib final dia require dalam 3 page jugak. Best weh calculus part 1 best. Dengar je orang cakap susah sebab "CAL-CU-LUS" but believe me macam add math spm je. Pastikan lu olsz power differentation dengan integration je. Calculus 1 banyak differentation if im not mistaken.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEMESTER 2
RESULT : GPA : 3.90 CGPA : 3.84

CSC128 - FUNDAMENTALS OF COMPUTER PROBLEM SOLVING
CREDIT HOUR : 3.0 | RESULT : A

FAV I!! So for this sem korang akan belajar lagi satu subjek for computer. But this one a lil more challenging sebab you main CODING!! Korang kena ada satu app ni dalam laptop >>Borland C++<< Boleh dapatkan from pembantu makmal je freeee. Pergh rasa hebat beb bila dapat run code kau. Masa final project best sebab u buat je anything u nak tapi mesti consist semua chapter yang u dah belajar. Macam i and my groupmate kitaorg buat hotel management system. Memang banyak tapi still niceee. I bagi contoh coding paling cikai tersenang

int main()
{
int age;
cout<< "Please enter your age: ";
cin>>age;
cout<< "Your age in 2020 is " << age + 2;
return 0;
}

Sape yang tau tu kalau salah sorry la benda 2 tahun lepas kot hahahahaha. Btw, ni ala ala la ni ok <3 Basically subject ni more to logic je kena kreatif sikit.

CTU151 - ISLAMIC THOUGHT AND CIVILIZATION
CREDIT HOUR : 2.0 | RESULT : B

Omg penat dah. Hhahahahaha panjang gila kan. Alright ni pun subjek agama yang akan belajar 3 sem je. So untuk sem kedua ni, korang akan belajar pasal history agama sikit.. Pasal zaman khalifah, zaman nabi. I slack kat sini sebab hafazan and ustaz. Huhu Allahu... Tapi tu la realiti.. Kalau dapat A aku 4 flat dah sem ni bapak sedih woi T.T

ECO162 - MICROECONOMICS
CREDIT HOUR : 3.0 | RESULT : A+

Fav do ni sangat sangaaaat best. I like subject logic ni. Paling senang, paling best. Bukti dia i A+ kot hahaha. For microeconomics dia cerita pasal economy more to consumer / syarikat. Banyak main pasal demand and supply contoh bila demand tinggi supply tinggi economy ok la apa la. EAZYY

ELC150 - INTEGRATED LANGUAGE SKILLS : READING
CREDIT HOUR : 3.0 | RESULT : A

Sama je macam elc sebelum ni. Tapi sem ni ada buat speaking as carrymark. So pay attention ok nnt lecturer ajar sbb reading ni important elements in MUET sbb ni markah paling tinggi

HBU211 - NATIONAL KESATRIA II
CREDIT HOUR : 1.0 | RESULT : A+

Kawad + Ujian gitu la JPAM

MAT233 - CALCULUS II
CREDIT HOUR : 4.0 | RESULT : A

Quite challenging gak than previous Calculus 1 ni banyak belajar pasal integration. Ada banyak jenis dia geng. Apa yang kita belajar integration SPM tu adalah part paling basic lah sebab korang akan belajar lebih mendalam lagi. But jangan lah risau k yang penting buat latihan banyak je. Credit hour banyak ni so target ni A or A+ okay!

QMT161 - INTRODUCTION TO STATISTICS AND PROBABILITY 
CREDIT HOUR : 4.0 | RESULT : A

Haa subject ni macam SPM pun ada yang bab probability and statistics tu. Don't worry senang je ni. Asalkan uolz buat banyak latihan and faham soalan je. The easiest QMT subject. Subjek-subjek code QMT ni ada for every sem and ni la subject QMT paling best sebab dia tricky macam puzzle pun ada. You akan enjoy belajar subject ni sebab for sure u dapat jawapan la for that soalan and rasa macam pandai lak. Hahaha in addition, semua lecturers yang ajar subject QMT ni semua best best!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SEMESTER 3

RESULT : GPA : 3.73 CGPA : 3.81

CTU242 - FUNDAMENTAL OF TAKAFUL
CREDIT HOUR : 2.0 | RESULT : A

Ok for this sem je subject CTU akan lain daripada kawan kawan korang course lain tu. Sebab subject ni akan ikut bidang korang. And so for kita actuary akan belajar takaful lah which ni islamic punya insurance la. For nota dia quit susah sebab takde buku teks but taktahu lah if zaman korang dah ada ke tak buku teks sebab kitaorang batch 2016 ni guna notes slide ataupun from senior je.

ECO211 - MACROECONOMICS
CREDIT HOUR : 3.0 | RESULT : A

Ok so sem lepas korang belajar pasal company and individual consumer kan? For macro korang belajar menyeluruh sikit pasal negara and international semua ni la. Subject ni pun best gak tapi papepun micro lagi best sebab korang nampak benda tu in lifestyle kita. Tak macam macro ni dia benda yang government or bank yang buat. So susah sikit la dari micro but still ok je dont worry.

ELC230 - INTEGRATED LANGUAGE SKILLS : WRITING
CREDIT HOUR : 3.0 | RESULT : B

Hehe ni writing so ada essay la. And aku ni memang tak terer omputih so dapat B je lah yang mampu. Padan ngan diri sendiri la. Time ni korang akan ada project presentation pasal movie. HAHAHAHA sumpah the best project ever sebab ikut minat kita kann. So please enjoy yourself buat pasal fav movie korang and paling penting movie yang berisi kandungan. Macam aku, aku buat movie The Odd Life of Timothy Green which was my fav movie sebab buat aku nangis banjir satu rumah wooo and alhamdulillah banyak benda boleh letak dalam slide tu. For those yang tak pernah tengok cerita ni please watch it!!!!

HBU131 - NATIONAL KESATRIA III
CREDIT HOUR : 1.0 | RESULT : A+

Sem paling gumbira sebab dah tahu ni last sem ada koko kan? So aku pun enjoy la kenal ngan orang lain lagi so far ok ok la haha result pun cun mwah

MGT162 - FUNDAMENTAL OF MANAGEMENT 
CREDIT HOUR : 3.0 | RESULT : A+

Allahu this subject is 100% hafal. Alkisahnya sampai sekarang aku rasa berdosa dengan subject ni sebab test and quiz aku semua nya dibocorkan (kiranya aku tahu soalan and aku hafal jawapan sebelum jawab test n quiz) carrymark aku kurang 3 je from markah penuh. Jahat ke tak jahat sis? Padahal masa awal awal mana aku dengar lecturer ajar apa kat depan tu. Memang benda biasa la kan tidur dalam kelas kalau subject teori je cuma aku tak tidur tapi aku cuma meninggalkan jasad aku di kelas dan fikiran ku melayang layang ja. Masa final baru struggle hafal 1 buku.MASA FINAL BARU AKU FAHAM SEMUA BENDA ALAH NI HEKLEH SENANG NAMAMPOS serius serius. Very easy sampaikan aku dapat A+ lah tapi A+ yang betul dan jujur aku tu boleh kira separuh je la. Hahaha

QMT211 - MATHEMATICAL STATISTICS
CREDIT HOUR : 4.0 | RESULT :A-

Lupa la sis qmt ni belajar yang mana satu. Ah lupa sebab subject qmt semua nak dekat sama je. Tp tu la nak amik subject ni kena lulus calculus 2 dengan qmt from last sem. Maknanya, kedua dua subjek ni berkait untuk subjek QMT211 ni. But aku still tak ingat hakloh.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SEMESTER 4

RESULT : GPA : 3.48 CGPA : 3.73

ASC302 - INTRODUCTION TO ACTUARIAL SCIENCE
CREDIT HOUR : 3.0 | RESULT : A

100% hafal jugak. Korang akan belajar apa itu actuary. Subject yang nak dekat sama dengan risk management masa form 1. So ingat balik kayyy apa yang dah belajar tu. 

ASC303 - FINANCIAL MATHEMATICS
CREDIT HOUR : 4.0 | RESULT : C+

PALING #$%^& AKU TAK PERNAH DAPAT C FOR ANY SUBJECT TAKTAHU LA HAIHHH NI SUBJECT PALING SUSAH. Sampai sekarang akak sedih dik... sebab subject ni akak tak dapat dekan dek. Tak dapat ANC. Tak dapat sarung selempang pink masa convo nanti. Tengok lah GPA akak berapa je lagi nak dekan.... Sedih dik. Akak masuk dua kelas nak belajar FM (singkatan for Financial Mathematic) so every week akak ada 2 kelas extra = 4jam. Faham tak? Kiranya kan akak tumpang kelas FM lain dengan lecturer lain untuk tambah ilmu but at the same time akak ada gak kelas FM dengan lecturer sepatutnya. So dalam seminggu tu akak belajar FM 3 kali seminggu while member lain 1 kali je. Sebab sir kitaorang gunakan 1 kelas untuk buat daily due hahahaha sehari 3 soalan tau kena hantar kat sir. Classmate lain semua gi kelas pukul 10, akak gi kelas kul 8 pastu bila kelas habis pukul 10 tu, akak ngan kawan akak lagi 2 orang mengayuh basikal dengan lajunya dari Fasa 1 ke Fasa 2 untuk pergi ke kelas pukul 10 jugak.. Penat aku sia sia je tapi dapat C+ tapi takpelah aku taknak salahkan kelas sebab kadang2 aku pun ponteng kelas extra tu hahaha. Maybe kalau aku tak pergi extra kelas aku kena repeat subject ni ke mana lah tau kan... Aish mesti korang pening aku bebel apa la. Maghoh ni maghoh dia sampai sekarang nvm lah kahkahkah kalau korang dengar pun dah pening, belum belajar lagi subject ni, laaagi pening.  Akak tak nak citer banyak walaupun dah banyak. Akak nak korang tahu ni la SUBJECT PALING KILLER SEPANJANG DIPLOMA -from alumni student diploma actuary.

MAT263 - LINEAR ALGEBRA I
CREDIT HOUR : 3.0 | RESULT : A

Subjek ni macam puzzle pun ada. Ok la easiest subject untuk sem ni. Korang belajar matrices jugak eh yang macam spm tu. Pastu ada la lain lain. Sokay ni senang nak score. 100% calculation.

QMT261 - MATHEMATICAL STATISTICS II
CREDIT HOUR : 4.0 | RESULT : A

Ni berkat lecturer best ni aku dapat A sebab dia ajar memang faham sangat lah. QMT ni paling banyak simbol tau tak banyak nombor. Belajar subject ni baru korang sedor makin banyak ilmu mathematic korang ada, makin berkurang nombor yang korang jumpa. Tricky but best! Hm for this one, just kukuh kan ilmu pengetahuan hypothesis statement yang korang akan belajar dalam subject bawah ni jugak STA250... 

STA250 - FUNDAMENTAL OF REGRESSION ANALYSIS
CREDIT HOUR : 4.0 | RESULT : B+

Banyak hyphothesis statement and statistical test korang akan buat sampai nak muak tulis benda yang sama je. Ada part senang ada part susah. Nanti korang belajar guna komputer jugak buat statistic guna satu apps ni. Very complicated. But nanti korang jangan tidor dalam kelas je ok?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SEMESTER 5

RESULT : GPA : 3.72  CGPA : 3.73

ASC305 - INTRODUCTION TO ACTUARIAL MATHEMATICS
CREDIT HOUR : 4.0 | RESULT : B

Nama panjang actuarial math, nama pendek AM. Jangan terkejut masa awal awal tu tak faham. IT IS OKAY! Masa final korang pulun korang belajar dengan budak pandai balik sampai korang faham. Tapi malangnya aku dapat B tapi takpe lah aku ok. Sebab aku sedar taraf aku kat mana dalam AM ni. So dalam AM ni korang akan belajar pasal hidup dan mati. Korang akan deal dengan table yang angka dia mencecah trillion, ratus juta etc. Yang penatnya nak tekan calculator. Serius tak tipu. Belajar lah guna calculator untuk copy nombor tu jadi ALPHA A / B /C / D supaya korang tak penat nak tulis no panjang panjang tu. Actually, subject ni dia ala ala dia bagi kau satu situation, kau jadikan dalam bentuk formula guna huruf je. Btw, ni table tu and some of my notes saja nak tunjuk sebab subject ni u tengok akan wow wowwww gitu





Sori la sis gambar tak clear mana. Ni cheq amik pukul 4pagi dalam bilik yang lampunya suam suam kuku je



ASC360 - PERSONAL FINANCIAL PLANNING
CREDIT HOUR : 3.0 | RESULT : A

Benda benda basic pasal financial planning ni satu knowledge untuk korang di masa akan datang supaya kita pandai plan finance kita ni.. Contoh dia, estate planning, income tax, retirement plan, life insurance and banyak lagi. 70% teori 30% calculation (account) korang akan buat income tax punya table dengan buat balance sheet and cashflow. Dia masukkan FM sikit sikit. Masa kitaorang jawab paper final soalan ni nak nangeh woi soalan entah hapeee je. Tapi, aku yakin beno A yang aku dapat ni adalah disebabkan belas ihsan sir aku tolong ni. Nanti try kay jawab past sem FP sesi JAN 2018

ENT300 - FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP
CREDIT HOUR : 3.0 | RESULT : A-

Subjek takde final 100% based on project. Jangan happy sangat. Subjek yang fully project ni dia susah nak dapat A tapi senang lulus. Benda ni akan stress kan akhir sem korang. Benda kecil pun boleh buat gaduh. Reminder untuk korang, since korang dah kenal classmate for 5 sems sooooo makesure pilih ahli group yang rajin buat kerja. Projek ni lecturer aku suruh buat 3 orang each group. If sorang lepas tangan maka habis lah derita 2 orang itu. Alhamdulillah groupmates aku bagus bagus and aku sangat beruntung dapat orang terer omputeh and yang jenis pandai buat research ni. So ni satu eh dua kelebihan yang aku ada. Penat woo tak tidur 3,4 malam buat benda ni.

For korang yang nak tau projek apa kena buat meh ni hakak nak ceritaaaa.. Basically ada tiga project. Case Study (30%), Group Assignment(10%) and Business Plan(60%) (kalau salah sory la lupa dah) case study and group assignment kena pilih satu small company yang dah daftar under SSM pastu kita pergi tempat dia buat research semua. Based on apa format yang dia nak. We are so lucky dapat company yang sangat baik hati very open sembang itu ini sebab masa kitaorang interview tu dia dah lah jamu makan bagi kerepek free. Korang carikla sendiri kahkahkah jangan nak shortcut je hehe. Next for business plan yang markah sampai 60 tu korang kena create your own business partnership dengan your groupmates. Pandai pandailah pikir nak jual apa. Lecturer aku jenis kerah nak something special ada lah 7 business ideas dah bagi kat dia. Yang ketujuh je diterima. Yang lagi enam kena reject gitu je siang malam pikir nak buat apa adoiiii. Walaupun korang baru nak masuk sem 1 ke 2 ke 3 4 5 korang dah boleh start fikir kot nak buat business apa yang boleh dapat keuntungan yang banyak untuk company kau sbb kalau salah kira nanti kat financial statement keluar merah merah baru korang terhegeh nak betulkan balik semua dari atas. Penat..... Boleh search google business plan ent300 ada la tu contoh contoh..

QMT337 - OPERATIONAL RESEARCH
CREDIT HOUR : 4.0 | RESULT : A+

This subject very sudoku. I enjoyed learning this! Best sangat cuma banyak je. Subject ni berkaitan dengan macam mana itu jadi ini, kalau delay project jadi apa kalau tengah beratur tu pun ada formula dia. Supply demand berkaitan nak maximize profit minimize cost etc haaaaaa tapi benda ni senang lah kena berfikir je. Kira kira semuanya. Teori tu tak banyak kot. Cuma ada part yang kena ikut logic.

STA233 - INTRODUCTION TO TIME SERIES FORECASTING
CREDIT HOUR : 4.0 | RESULT : A


Dalam subjek ni korang akan forecast value untuk tahun seterusnya dengan menggunakan macam macam technique. Yang main technique ada la dalam 9 techniques kito kena belajaw naww. Penat calculator jugak ni. Subjek ni boleh kira 80% kira 20% teori. Just jangan salah dari atas je. Kalau tak hancur semua sekali. BERHATI HATI DI JALAN RAYA OKAYY!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Quite panjang entry ni but Alhamdulillah aku berjaya mengharungi DIPLOMA SAINS AKTUARI - UiTM daripada June 2015 - January 2018. Segalanya dipermudahkan dari hari pertama aku menjejakkan langkah ke UiTM Perak Kampus Tapah. Buat pengetahuan semua, diploma sains aktuari adalah pilihan pertama aku. Rasa baru semalam dapat tahu result aku dapat course ni tapi aku dah habis lah tengah tunggu result degree pulak! Walaupun berbekalkan result CGPA 3.73 aku boleh teruskan hidup kot. Cuma aku sedih tak dapat ANC. Aku tertinggal 0.02 je. Apalah dosaku.... Aduhai sedihnya hati ini.... HUAAAA

Aku sangat membenci perspektif masyarakat yang menganggap "dah lah uitm, diploma pulak tu" sebagai satu benda yang hina. Aku nak bagitahu satu dunia, bahawa pemikiran kolot tu boleh buang tepi. Aku merupakan saksi betapa bijaknya pelajar uitm iaitu rakan rakan, senior, junior aku yang ambik diploma tu lah yang korang hina  tu, PANDAI PANDAI SEMUANYA. Ada yang 4 flat memajang, genius otak geliga macam mana tah. Sampai kadang2 aku tertanya apa yang mak bapak diorang bagi makan tah. Result aku yang korang dah baca ni umpama sangat standard dan average kalau nak dibanding dengan kawan kawan aku ni. Sebab itulah aku tak bangga aku dapat result macam ni, sebab ramai lagi yang atas aku.. SEMUA budak uitm tau bukan yang import dari um ke uia ke upm ke usm ke uum ke utp ke. Bukan aku tak bersyukur tapi bila tengok kawan kawan aku ni, rasa diri kita ni rendah sangat. Bukannya tak study or jenis suka lepak dating je budak budak uitm ni, kau pergi la datang mana mana uitm, sampai ke cafe diorg belajar, pinggan sebelah laptop sebelah dengan orang buat kerja la. Oleh yang demikian, hentikan lah pemikiran kolot yang dok pikir uitm ni entah haper haper. Meh sekali datang belajar kat uitm. Oh ya lagi satu, jangan sesekali bangga dengan course masing masing eh. Mak nyampah. Tak de course yang senang pun. Semua susah. Tahniah kalau anda berjaya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. Tak kira IPTA ke IPTS ke, if u pursue to study then it is a good thing. Mak aihh emosi nya niss.

Satu benda yang aku takut, sesudah aku bergraduasi september nanti, maka hutang akan menghuni diriku. Doakan aku mampu untuk melangsaikan rm10k ptptn tu ya. And doakan if aku dapat degree actuary tu doakan la aku mampu bawak. Subject actuary la paling susah aku nak score padahal diploma ni... TAKUTTTT kena kick je allahu mintak simpang...

Few more words to my friends who read this especially yang belajar dengan aku sekali or ajar aku jugak, thank you so much! Without my friends, i takkan dapat what i achieved now. Big thanks!

YAY DAH HABIS DIPLOMA BYEBYEEEEEEE SEE YOU IN DEGREE!

wish me luck, and goodluck to you too,

vel