7/11//2015
Assalamualaikum! Lamanya sis tak menaip menulis! Sejak masuk belajar dekat alam uni ni, busy lah katakan hahaha (tipu je (tapi still betul kalau nak dibandingkan dengan zaman lepas habis spm dulu)) Coretan kali ini aku khaskan buat lepasan SPM 2015 yang sedang memikirkan pilihan dalam UPU korang tu kan, yang cuba nak search pasal sains aktuari melalui bantuan encik google, usya usya blog orang, tertanya tanya sains aktuari tu apebende la, ye ni haa [UiTM-DIPLOMA SAINS AKTUARI] yang ada dalam UPU punya list tu kan. Percayalah, aku pun buat benda yang sama dulu kahkahkah. So aku harap sedikit sebanyak coretan ni dapat bukak mata for those yang interested tu and tak faham pasal sains aktuari ni tapi nampak macam course ni interesting je.
Sebelum tu, aku nak kenalkan diri aku. Aku baru habis sem 1 (je) baru-baru ni di UiTM Tapah, Perak. Sekadar nak kongsi pengalaman aku, iaitu orang yang tahu course ni bukan daripada sesiapa pun masa tu, sekadar bantuan internet je lepas nampak perkataan sains aktuari ni dalam list pilihan upu tu. Aku dah lah tak kenal mana mana orang yang berpengalaman course ni, main taram la cerita kat orang bahawa ni course yang major dia addmath math financial math la amende entah. Dalam UPU, UiTM Diploma Sains Aktuari ni lah pilihan pertama aku, pilihan kedua and ketiga semua asasi sains fizikal UM, UIA. Pilihan keempat, lima enam tujuh lapan semua aku taram asalkan semua course ni lari dari bidang BIOLOGI DAN CHEMISTRY - subjek paling aku tak suka time SPM! Alhamdulillah aku dapat pilihan pertama. SPM aku berapa? Tak lah cemerlang gemilang terbilang pun. Aku dapat 6A 3B je. Takde lah membanggakan pun, tapi aku bersyukur sebab aku ni tak ade lah pandai mana. Tapi kau masuk Universiti ni takde sape nak kesah kau punya result SPM pun. Kau pandai ke tak ke, tak de semua sama je. Sama sama belajar. Ok tu je lah kisah aku. Sekarang aku nak cerita pasal course ni.
Apa yang korang harus tau:
- Please dont pronounce it as ak-tua-ri (yang baku sebaku bakunya tu). At first aku pronounce cemtu, kakak mds tu gelak doh hodoh bunyi. Haha so then sebut je actuarial science (ek-chu-ri-yal science) / actuary (ek-che-ri)
- Jangan PERCAYA course ni hanya math semata mata. Ada jugak subjek yang menghafal dimana almost semua perkataan english dia power nak mampus sebab bahasa actuary US. Dictionary harus ada. Kalau rasa malas nak bawak takpe lah, kat u nanti korang dah legal dah bawak phone, download lah apps dictionary/actuarial glossary. Kadang tak jumpa perkataan tu, cari la dekat encik google ya ;-) Aku bagi contoh lah eh perkataan 'adequate'. Sinonim dia 'enough' je hahahahha kau takkan jumpa perkataan 'enough' dalam subjek ni. Subjek apa? Risk and Management [ASC172] :) Tapi gaiz jangan takut, jujur lepas habis final ni aku rindu nak menghapai subjek ni.
- Sains Aktuari ni apa? Honestly aku tau benda ni pasal insurans je buat masa ni sebab aku tak tau lagi benda benda susah tu. Sampai part 5 nanti tau la kahkah. Aku pernah sembang dengan pakcik kereta sapu, dia cakap actuary ni kuat menipu, yela sebab insurans kan.. Lepastu, bila aku belajar benda ni, barulah aku tau, insurans benda alah ni mana ada menipu. Ada law law dia je yang menyebabkan kengkadang orang susah nak claim insurans. Actually kan, best lah course ni if you guys punya minat tu mendalam.
- Diploma Sains Aktuari ada 5 sem sahaja iaitu 2 tahun setengah. Kalau degree nanti kau amik course ni jugak, kau skip masuk sem 3 degree terus, Sebab budak part 1-2 degree sains aktuari ni belajar apa yang kau belajar dalam diploma. So ini lah dinamakan jimat setahun degree korang nanti. Fyi, korang ada 14 minggu sahaja untuk belajar 5-7 subjek, setiap subjek ada chapter chapter dia lagi. Disamping itu, quiz dan test mengejut. Aku pernah dapat quiz mengejut apabila pensyarah whatsapp group pukul 3 pm ni ada quiz sambil jam dekat phone tunjuk pukul 12:45 pm. Quiz dengan test tu carrymark untuk final korang tahu? So jangan study last minute! (nasihat untuk diri sendiri juga)
- Just to let you know guys, dekat sekolah, cikgu pergi ke kelas awak untuk mengajar. Dekat alam universiti, awak cari kelas lecturer awak untuk belajar.
- Buku-buku? Hmm, kalau korang yang tengah bercuti ni cadang untuk beli buku buku pasal actuary ni ke, takpayah lah. Mana nak jumpa lah. Semua buku mostly imported dari US (fuyow) Nanti korang beli dengan lecturer je or beli buku second hand kat senior. Harga buku yang lecturer jual? Mahal jugak lah. Act semua buku yang kau beli dekat U banyak mahal mahal. Ada yang RM30, RM50, RM60, RM80, RM90, RM100 ke atas dan sebagainya. Kalau tak mampu mintak senior je.
- Tak dapat dinafikan, korang kena power math addmath ni. Kalau addmath kau dapat C time exam biasa takpe sebab sama je macam aku bahahahah (tapi spm aku addmath A alhamdulillah), jangan kau tak faham langsung je math addmath ni sudah. Kau nanti belajar calculus dimana, addmath tu basic sangat sangat kepada Calculus ni. Tapi jangan risau lah, jarang budak actuary fail quiz dengan test. Buktinya? Kelas aku takde sape pernah failed calculus, malah ada yang dapat 100% dimana bukan aku lah orangnya itu.
- Oh anyway, lupa nak ingatkan, jangan buang or kasi kat orang lain tau notes notes addmath dengan math. Bila dah belajar course ni, sumpah rasa menyesal gila pergi jual kat cina surat khabar lama paper lama tu. Notes spm tu PENTING gila untuk calculus lah qmt lah and so on lah. Ok?
- Aku syorkan course ni untuk budak account lah, dimana budak account ada basic untuk course ni nak dibandingkan dengan budak bio tulen. Tapi tak bermaksud budak bio tak boleh amik course ni. Aku budak bio tulen asli dan original kot. Boleh je. Ramai je budak bio sini.
- Sem 1 je menghadap account lepas tu tak de account dah gaizzzz (me isz so happy)
- Course ni ada dekat mana je untuk diploma? Adek adek, sekarang ni ada 2 je iaitu di UiTM Kampus Tapah, Perak dan UiTM Seremban 3. Just to let you know adek-adek uitm tapah memang lawa gila and sangat selesa sebab baru. Since 2010. UiTM Seremban 3 pun sama lah kot rasanya lah(hakak tak tau ler). So, budak actuary ni untung dapat kampus uitm yang selesa lah gituw. Kalau degree, kat UiTM Shah Alam pastu taktau kat mana mana dah tahu tu je huhu.
- Malu sebab course ni diploma? Aih dek, pedulikan orang duk agung agung kan asasi matriks stpm diorang tu, course ni ada dua pilihan je untuk lepasan spm. Either dapat tajaan belajar luar negara course ni, atau pun UiTM Diploma. Course ni pun (boleh tahan) baru (lah) kat Malaysia, negara pun makin berkembang maju, dimana seorang actuary dicari-dicari kerana semakin ramai rakyat Malaysia berfikir kehadapan bahawa insurans amatlah diperlukan demi masa depan mereka yang terjamin. Gaji actuary pun banyak beb, bak kata lecturer aku, 'gaji pensyarah pun 10k gaji actuary apatah lagi' Kalau kau jadi qualified actuary tu satu bonus lah untuk kau cuma benda ni makan masa la huhu. Entah lah lecturer aku cakap macam tu, so aku angguk je anggap faham benda alah SOA paper itu lah ini lah.
- Matriks vs Diploma Sains Aktuari? Benda sama jugak jadi dekat aku dulu. Aku pun dapat matriks (kmpp) tapi aku tolak matriks sebab aku dah tekad 'kalau upu aku dapat first choice aku pilih upu' Bagi aku lah alhamdulillah aku pilih yang sains aktuari. Kat UiTM sumpah kau bebas gila! Petang-petang suka hati kau lah nak tidur ke riadah ke jogging ke suka hati sampai maghrib pun takde siapa nak halang tapi beringatlah jangan lupa solat maghrib gaiz! Bilik? Nak beza bilik UiTM dengan matriks jauh beza bagi aku berdasarkan keselesaan dia. Pakaian pulak, kalau kau kat matriks 5 hari manjang kau pakai baju kurung/jubah (lelaki tak sure la pakaian dia macam mana). Di UiTM, hari isnin je wajib berbaju kurung bagi perempuan, lelaki pula berkemeja tuck in. Hari lain sukati engko la nak pesyen pape pon. Kau failed paper final? Kau kena repeat je. Kalau matriks kau kena tendang pastu apply diploma juga the next year tu. Aku tengok kawan matriks aku stress busy tak cukup tidur kena hantar report bagai esok paginya tu. Aku alhamdulillah kat sini tak cukup tidur sebab tengok movie dengan main game je sampai lewat malam bhahahahha. Tapi bukan aku nak downgrade kan matriks. Tapi bagi aku, aku bersyukur eventho diploma orang nak pandang rendah ke hekleh suka hati lah ko tak tau aku belajar apa. Matriks pun ok which kau rasa masa dia singkat. Cumanya kau struggle teruk lah dalam masa singkat tu. Amik je lah sains aktuari ni! Event kat UiTM best gilaaa. ;)
- Kalau awak genius dapat straight A+ jangan lah amik diploma ye awak, amik lah A-level ke pergi kolej mara ke. Result straight A+ kalau berminat nak course ni, awak belajar lah di luar negara ok. Scholarship semua kejar kejar awak sekarang ni. Apply scholarship banyak banyak!
Berikut adalah apa yang awak akan belajar kalau awak ambil Diploma Sains Aktuari ni
Yang 01 untuk sem 1, 02 sem 2, 03 sem 3, 04 sem 4, 05 sem 5.
Aku tengok untuk upcoming sem punya subject pun cuak bhai. Tapi ingat selagi kita belum belajar benda tu jangan anggap susah. Nasihat aku? Berkawan lah dengan rakan rakan yang rajin belajar gaiz, they'll help a lot.
Oh ya, siapa dapat UiTM tu jangan lupa untuk bawak baju sekolah putih dan kain hitam ye. Untuk perempuan. Lelaki pula bawak kemeja lengan panjang putih dan seluar hitam. Ni untuk hari MDS buat siapa yang dapat untuk first session la.
Sorry ber kau-aku susah lah nak bahasakan diri saya-awak!
Itu sahaja. Harap membantu lepasan SPM 2015.
#newupdate
For more infos, adik adik kat twitter boleh search kat twitter using this hashtag #actuarylah
#new2017
NEW UPDATE!!
#newupdate
For more infos, adik adik kat twitter boleh search kat twitter using this hashtag #actuarylah
#new2017
- To adik adik yang tanya akak kat email sorry for the late replies kadang tak perasan. But sooner or later i'll posto posto for the new topics setelah mengharungi 4 sem ni and maybe akan menjawab persoalan anda. This post buat masa dah habis sem 1 tak berpengalaman sangat cause akak just share je apa yang budak spm nak tahu sebelum melangkah ke uitm. Pendek citernya basic and introduction je lah and tak mendalam sangat. Ilmu actuary ni luas so apa yang akak faham je la akak boleh bagitau hee. And since ramai yang menanya benda sama, wait for the new update eh (acah artis)
NEW UPDATE!!
Boleh usha this post punya second part. Click newer post di bawah entry ini. Thank you. Semoga tiada lagi kekeliruan yang bermain di fikiran anda 😉
#new post (3rd part) about all subjects ive learnt for 5 sems (description and my results)
#new post (3rd part) about all subjects ive learnt for 5 sems (description and my results)
All the best!
-velo