12:48 am
6/2/2015
Hi melayan emosi malam ni. Ni lah catatan diari aku sejak pertama kali aku melangkah kaki ke jalan tar kelabuan sikit ni. Moga ingatan masih kuat. Kenangan manis pahit masam masin SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
2013
Aku buka cermin tingkap kereta besar yang ayah aku pinjam dari kawan dia untuk bawa barang asrama aku yang macam nak pindah rumah je aku rasa, cuma sebenarnya aku lupa nama kereta tu. Aku pun tanya pakcik gat nak berhenti kat mana untuk pendaftaran form 4 baru. Pakcik gat tu pun dengan ramah tunjuk untuk jalan straight parking sebelah dewan. Ok lepastu aku turun buka bonet dengan perasaan semangatnya dah nak hampir angkat kotak kotak dah lepastu mak aku cakap kat aku aku "Daftar dulu lah" Kemudiannya aku tercari cari jugak la mana pejabatnya. Lepastu ayah aku tanya seorang budak lelaki berkaca mata dengan segak pakai tie wuish nampak smart lah, kat mana pejabat. Maka dia pun tunjukkan jalan. Kena naik tangga rupanya. Al-kisahnya aku daftar lah pergi sana sini. Pengawas tolong angkut barang tunjuk dorm. Aku dapat dorm tingkat 3 pulak. Memang nak menangis aku time tu. First time naik pun tercungap. Bila pengawas ni dah tunjuk kan dorm aku, dia (Muslihah) pun pakai kasut dia nak keluar dari dorm dan perkataan pertama aku keluar "Terima kasih akak" aku panggil mus AKAK kot. Lawak lah bagi aku. Kahkah. Nak dipendekkan cerita, first day aku kat sekolah ni ok lah. Everything's fine. Aku belanja budak dorm coklat mak aku bawak aku jumpa Aween, Atie, Aliaa, Hikmah, Tasyah, junior dan ramai lagi. Aku ingat jasa Aween sampai sekarang sebab dia tolong cop kan shower untuk aku sedangkan masa tu ramai gila orang, aku berdiri sandar kat dinding tu mcm tak tau nak buat apa. Takat senyum kat sesiapa yang melintas depan aku je lah. Dah lah aku tak tau depa ni form berapa. Haha kelakar bila ingat balik. Baru tahu before Maghrib kena turun bawak baju semua lah then tukar dekat bilik bawah yang dipanggil CC CR. Kat situ lah nak tukar baju, tunggu Isyak lah, itu lah ini lah. kahkah. At first aku tak tau pun kena tukar baju dekat bawah sebenarnya, maka aku pun bersiap dengan baju kurung bunga purple aku turun bawah. Cis aku sorang je yang pakai baju kurung kat CC CR tu. Then aku duduk sembang dengan makhluk makhluk disitu. Situ aku kenal Una, Tasyah, Aida, Shaf, Anis, ee ramai lah kalau nak list, semua pakat tanya kami asal mana. Dan akhirnya baru aku tau ada 9 orang puteri yang baru dimasukkan bersama sama aku. Luckily, kitaorang satu kelas so that tak terasa lah newbie sangat kat kelas baru tu sorang sorang. YaAllah pnjang nya entree untuk hari pertama ni. Ok lah skip. Tp hari pertama nak ingat nama orang orang tu susah gak la.
Ni antara bibit yang paling aku suka lah. Lepas dah kenal dah masuk semua ni tak bohong lah homesick gila wey. Hari hari (takde lah hari hari sangat tp i maintain steady la) menangis dengan 4 orang lagi sebab meja bergabung lima time tu dah lah duk belakang. Aida, Tasyah, Shaf, Moss, ceh macam macam ups and downs. Gaduh lah marah lah. Bila aku bercakap tp tak tunjuk ekspresi muka tu pun kena marah ee. Mula mula as a newbie tu mula mula tunjuk dulu perangai baik. Lama lama tu kadang topeng terbuka lah.
Benda time 2013 aku tak berapa ingat sangat. Baru 2 tahun berlalu. Tapi benda yang aku nak tau sangat sampai sekarang yerr act, barang siapakah yang tulis kat meja aku "Velo but*h velo ci'ai" dll tu Ya Allah sakit tekak nak telan air liur. Tulis dengan pensil. Dah lah aku dah balut meja cantik dah. Pembalut meja harga rm5 kot yang tu. Aku nak tau sape je tulis tu. Nak tanya apa salah aku. Tak marah dah. 2 hari 3 malam aku menangis sebab ni. Memang masa ni aku rasa macam nak suruh ibu karang surat berhenti sekolah je. Tapi dah janji lapan sekawan untuk stay kat sekolah sampai habis spm. Sabar dan redho.
Kat sekolah ni jugak lah aku dapat nama baru VELO. Haha ramai tanya sebab apa. Kadang ee malas jawab. Nama ni pun start famous *batuk* sebab budak kelas start panggil. Haha redho je la. So Anis Arisah shuh shuh haha gone. Dulu kemain time perkenal kan diri setiap kali cikgu cikgu masuk. 9 orang kami kena berdiri sorang sorang perkenalkan diri. "Nama saya Anis Arisah. Boleh panggil saya Arisah. Duduk dekat Sungai Buloh, Selangor" tiap kali cikgu masuk woih. Ada 9 subjek 9 kali lah berdiri. Cuma teringat lah bila first perkenal kan diri tu time prep malam. Ketua kelas yang kacak lagi bergaya *batuk darah* suruh kami perkenal kan diri. formal pulak tu. Maka dimulakan dengan ummi dan diakhiri dengan siapa entah aku tak ingat.
Masa periksa akhir tahun tu, aku dan kawan kawan ada stay up sama sama tidur dalam study room form 4 tu berlapikkan selimut tidur atas lantai. Sebab esok tu periksa agama. Hafal dan ingat. Duty duty duty. Duty dorm, duty study room dan macam macam lagi. Semua kena buat. Teringat dulu kerja kotoq kami sekelas setiap kali cikgu takde tidooooqqqqqq jaaaa! Time cikgu tak ada lah paling senyap. Ya Allah berperang mata wo nak tahan tido tu masa cikgu tengah mengajar. Aku buat banyak kali sangat letak minyak cap kapak bawah mata. Still cant handle it.
Biasa lah roda kan ada ups ada downs dia. Ups tu untuk tahun ni tak banyak sangat. Downs tu banyak lah. Masa ni tak de lah famous lagi. Orang tak kenal lagi. Tapi makin lama tu makin happy pulak sekolah ni. Seronok. Betul lah cakap orang. Mula mula tu tak best, lama lama best sampai sedih nak tinggalkan. Sekejap je dah nak cuti sekolah. Makna kata sekejap je lah halangan dan cabaran yang harus ku lewati tempuhi kah kah. Bila dah makin lama, aku makin dah kenal ramai orang. Makin happy. Rupanya ramai lah pakwe cantik, makwe hensem (eh?) Cuma saat paling menyedihkan bila terpaksa terima akur akan perintah pihak sbp untuk melaksanakan undang undang baru kena campur form 1- form 5 dalam satu dorm. Menangis hati ini~
Banyak lagi nak cerita pasal 2013 ni. Malas pulak tuan hendak berbicara. New year!
2014
SENIOR YEAR 1/1/2014 kau dah kena daftar masuk asrama kot. Oh wae. Malam tu jugak ada perjumpaan bersama cikgu Haris yang sekarang ni aku rindu sangat. Seorang yang lawak ok. :'( rindu ucapan beliau. Walaupun banyak yang diajar beliau aku tak faham sangat. Tapi aku hargai jugak usaha dia sebagai seorg pk akedemik :') ok daftar masuk dah semua. Haih banyak nya memori nak diungkap :')
Tahun ni jugak aku dapat rasa kan.. bonding sesama kawan kawan rapat, bonding sesama aspuri, bonding sesama kelas, bonding sesama batch, bonding sesama cikgu, bonding sesama satu sekolah lah termasuk aunty cleaner selalu lepak kat tangga tu rindu saya sama aunty... Kat smksu aku tak dapat rasa bonding mcm ni tau. Tapi kat sini aku rasa sangat. Aku rindu sangat. Aku rasa lah benda-benda baik ni banyak jadi sejak aku jatuh longkang depan lab tu :') Haha rindunya!!!! Nah lah aku bg satu rahsia. Jatuh aksi superman gelongsor kat lantai tu menyebabkan zip seluar terbuka so sbb tu aku rush pergi toilet. Kahkah. Lepas tu masuk lab dengan muka dek tak pandang orang lagi. Bila pandang depan, ya Allah sneakiest face i've ever seen wey. Nasib handsome ok. (bagi lah upah sebab puji) budak perempuan pun terpinga-pinga tak tau apa. Sebab mata yang menyaksikan kejadian tersebut adalah mereka. Lelaki.
Masa ni banyak sangat lah kelas gabung. Duduk dalam kelas pun jarang sangat. Cey masa first night kat sekolah tu dah cop nak duduk depan cey tp ternyata pilihan salah sbb tak boleh cover tidur. Kadang kadang sampai mata tu buat lingkaran pusingan dah sebab memaksa haih. Tapi demi SPM aku sanggup! Maka disebelah kanan dan kiri aku ialah Tasyah dan Moss. Boys cop tengah (hilang kegentleman) membiarkan kami makwe makwe kepanasan setiap kali lepas rehat. Kahkah.
Aku rasa semua benda dah buat kot time ni. Birthday suprise kat hospital pukul 1 pagi la, tak tido lah, katil gabung, outreach, hias kelas, outing, outing secara harom pun ada dan macam macam la. Terlalu banyak nak describe. Terlalu banyak nak dikarang. Aku rindu semua setiap babak. Aku rindu. Aku nak skip terus hingga ke masa spm lah. Benda paling diingati sampai bila bila sebelum masuk dewan time exam addmath :) Lepas bacaan Yassin. kami pun gerak ke dewan lalu laluan berbumbung. Dari jauh nampak CR pakai baju batch. Sebab CR nak pergi Sabah utk addmath punya program apa entah. Aku dah bgtahu dah kat Aaina sebelum turun tangga "aku nak nangis dah ni". Time nak dekati CR tu. tuptup air mata jatuh. Gila kau. CR nampak. Dia ckp ''Awat hg velo nih'' sambil senyum. Aku terus simpan beg dekat sudut rnd tu. Melalak. Lap air mata tak berhenti henti. Ada je lagi takungan yang sentiasa bocor. Sebab sibuk layan emosi. Aku lambat nak masuk crowd untuk bacaan doa. Aku pergi paling hujung sebab nak tengok muka CR. CR berucap sekjap. Tiba-tiba dia terduduk lap air mata dia. Gila kau lagi berderrruuushhhh air mata mencurah curah. Kami girls pakat nangis lah. Tengok ayahanda kami menangis macam tu. Aku ni sampai masuk dewan duduk dah kat tempat duduk tu, sedu tak berhenti lagi. Sampai lah aku tersedar aku terlupa bawak masuk calculator! Terus aku lari ambik calculator nyawa add math ni ha. Baru lah ok. Haih semua penangan CR. Alhamdulillah lah walaupun susah gila nak mati ada lah yg aku boleh jawab. Rindu CR. Apalah penangan CR buat kami satu batch sayang sangat kat dia. Rotan kot.
Bila sebut pasal rotan, rindu pulak. Kita satu batch menikmati rotan tu bersama-sama. Muka yang sama je duduk tak kena rotan dan muka yang sama je beratur menantikan rotan kesayangan. Aku termasuk yang beratur tu lah. Masa beratur tu walaupun cuak, excited tu ada sekali dalam 10% macam tu. Saat dirotan pergh dupdapdupdap... tiba tiba poowwww bisaa datang. Lepas rotan selalu lupa nak cakap terima kasih kat cikgu. Tapi apa yang kita semua buat sapu sapu tangan kesat tangan yang merah menyala tu ada yang menimbul daging putih tu, ada yang bengkak semua. Haih bongkak angkuh sombong kami.. Rotan lah benda yang paling dirindui. Andai lah aku berjaya satu hari nanti jasa CR insyaAllah akan dibalas. Tiada satu pun rasa benci atau apa terdetik bila kena rotan tu. Rasa sayang tu ada lah.
Cikgu cikgu lain pun kami sayang. Sayang sangat. Banyak usaha, banyak penat lelah dah dicurahkan. Walaupun tomahan demi tomahan batch kami kena, usaha nak membuktikan tomahan tersebut boleh campak dalam tong sampah tu sentiasa membara. Acewah. Kami tunjuk kasih sayang kami bila nak hias hari guru tu. Sanggup berjaga sampai lewat malam asalkan cikgu puas hati. Haih rindu. Tapi bukan takat hias hari guru je. Adalah sikit sikit usaha kami memaut hati cikgu kehkeh. Cikgu Haliza, Cikgu Fauziah, Sir Tan, Tcher Kavitha, ABAHHHHH, Cikgu Yusma, Cikgu Afizah, Cikgu Fakhrul.. Terima kasih cikgu cikgu semua. Rindu pulak hafazan.. Siapa tak hafal rotan!
Time puasa time raya time jamuan banyak sangat lah. Time hari sukan, walau ada diantara kita berbalah. Tapi enjoy gak derek selfie haha. Sampai lah satu malam yang dinantikan kita semua, graduation night. Baju dibeli 3 bulan sebelum majlis. Hati tak tenteram masa jawab paper bio sebab risau tudung tak jadi lah baju labuh sangat lah. Tapi vavoomm malam tu setiap insan di bawah bumbung Penang Golf Resort tu MasyaAllah cantik handsome semuanya. Baju classy 5 star tau. Walaupun sebenarnya malam tu aku ego sikit lah sebab kes gaduh tu. Tapi everything is okay. Fine good. Cuma makanan tu perlu diupgrade sikit. Rasanya kurang memberansangkan sedikit.
Act pasal yang gaduh tu. Aku minta maaf sebab memaki. Aku pun ego tak mau minta maaf awal awal. Sampai malam terakhir tu baru lah bermaafan. Tapi sekarang pun okay kan. 0-0 ;) Tu lah kali pertama aku menjerit marah orang. The madness tu macam menyelubungi tau ee tak mau kisahkan. Dismiss.
Walaubagaimanapun, aku rindu rindu rindu sangat :') Aku rasa tu kenangan aku lah haha kalau baca sampai habis tu tahniah lah. Tak penting pun :p tp banyak lagi tak terungkap. Cuma bisa mengenang kembali di jiwa.
UCAPAN UNTUK VERITAS KESAYANGAN.
hai kawan kawan
dimulai dengan The Datins
i love nine of you guys. Thanks sebab ada banyak ajar aku dlm pelajaran esp. Aku tau betapa bongkak nya aku selama ni. Terima kasih sbb u gaiz sudi accept aku evntho aku annoying kan. Aku rindu kita semua. Walau banyak ups and downs kita lalui bersama aceh through thick and thin kita berjaya tempuh. Ingat tak janji kita nak stay sampai habis SPM sama sama? Well.. We made it guys! Tasyah yang banyak songeh tp baik sentiasa bersamaku, Moss yang baby dalam TD tp petah berkata, aida kuat tido tp baik, shaf yg genius dn baik, izzah pendengar yang baik bakal isteri yang bagus, mai yg gelak tak henti, aaina teddy bear yg dirindui manja mu, dan zarif yang ramai peminat tp baik gila! Rindu semua.
seterusnya 5 intelek
haip korang boys and girls. Terima kasih sebab sudi terima kami 9 orang without hesitate. Andai ada ter-bossy ke ter-queen control tu harap diampunkan. Biasalah i'm the one yang selalu over time tangkap gambar. Duduk satu kelas dengan korang memang awesome lah. Aisyah dengan Wahi, ketua and penolong ketua kelas dan batch sekali u gaiz did a great job. Ummi yang sebagai seorang ibu. Anis Fatihah yang mahir membuat essay tu. Muslihah yang bertanggungjawab. Atiqah dengan Alia Nad yang putih melepak gilosss tu. mirakhai aku doakan hg dpt kahwin dengan murabbi ke hihi. Fizarai yang pelik tp comel tp awh rindu zarai. Fina yang gilossss tp kreatip. Then boys. Abang yang diam diam ubi berisi suka kat mai kot haha, Atoi yang kelakar sebenarnya. Mon yang mulut manihh, Farid pun yang macam abang diam diam ubi berisi juga. Oblong yang taff. Black yang kiut. Ipan yang kiut jugak lah. Aidil yang suka buat lawak tak hambar kahkah. Acap yang tak suka kat aku hahaha xP entah la. Ungku yang aku tak fahamfaham perangai dia mcm mana. (act aku nak rt je tweet yang boys in other class boys yg howt setaf retis lepastu in my class tu jenis nerd . Tapi aku rasa tak lah.. bukan kelas aku ceh pujian lagi cis) walaupun kome gemar kacau semua orang. Tapi u gaiz baik, aku tau *batuk keluar kahak* lepastu girls side aku kome aku dah cakap kat belah atas. Lastly thank you sebab kasi aku rasa bersyukur sangat dapat masuk 5 intelek ni :)
akhir sekali seluruh batch.
tak boleh nak describe sorang sorang tp thank you for accepting us! kalau girls tu aku rasa ukhuwah kita makin kukuh la since pergaduhan upper form tu kahkah. Aku rindu setiap kalian. Maaf andai kata jika ada diantara kita tak pernah bertegur tapi hihi :* kepada ex-crush(ya allah gediknya) ketahuilah ku sudah melupakan mu :'p Dah takk de dah idea woih panjang sangat la. 2:42 dah sekarang. Aku cuma harap satu batch kita boleh berjaya sama sama untuk SPM ni. Time result tu lah last aku nak tatap muka kome semua sorang sorang :') Make sure batch kita ramai yang dapat rm1000 janji pengetua tu!! Aminnnnn. #EpicVeritas14
Maka, idea pun dah berkarat. Haha banyak sangat tulisan. Sakit mata. Nah hadiah gambar paling aku rindu semua.
sincerely,
alumni soksek 101314
velo.