Mini comeback: Let's talk about my degree

Hi lads and gents. Welcome to my blog!! If this is your first time, thank you for taking your time to click at any results from your google search then you click at newer post ken ;) 

It has been so long I haven't visit this blog since the last post. I will try to create more content supaya orang cakap la blog ni jadi blog yang berguna jugak. Cewah, I hit like 100k++ viewers already dalam blog ni and i guess i should keep it up with more beneficial content. Prob ada yang wondering why my post berhenti setakat diploma. Well let talk about my post-diploma now shall we? This blogpost prob will be the most boring entre for you to read sbb yes this whole post is generally all about me. Kalau yang pernah baca my blog and mengharapkan another blogpost pasal degree in Actuarial Science kirim salam lah. I dont think I'm gonna write up on how to prepare for degree or nak excel in degree coz I TAK LAYAK LOL. So, I'm stopping you here incase you are not interested pasal MY degree life. This post is dedicated to my close friend gitu la untuk kenang kenangan. 

You wonder where I am today? I'm on my last semester of degree tengah intern in this pandemic situation. Sedih wey. But not as bad as part bawah aku sbb diorg last semester woo last merasa kelas tu macam mana, last lepak dengan kawan kawan tapi diaorg tak sedar pun sebulan je merasa. Ya Allah gila sedih.  Walaupun serabut intern masa covid ni aku tetap bersyukur last semester aku sangat bermakna sangat bahagia with my lovely friends. At this point, I really miss all the memories that happened throughout my degree lebih dari rindu ex sendiri!! Gurau je!! 

Epilog: Volunteering

My degree tak banyak academical achievement not as so-flying colours as my diploma result. What I did during my degree instead of facing harder learning inputs, i participated in lots of extra curricular event sebab baru sedar diri yang I need to put something on my resume. Dah degree baru terhegeh nak masuk volunteer ni. Padahal dulu masa Diploma rilex melampau tido, study, cafe, and kelas je kerja aku. Kadang kadang ada join event menjual tu pun sbb nak cari duit. Resume aku kalau takat diploma memang dry af. If any of you who are still studying pls grab your chance to do any volunteering activities sbb sumpah best gila when you are part of it. It's more fun when you go with your friends but EXTRA fun when you meet a lots of new friends!! The experience is mahal bro. Pernah ke kau makan nasi lemak dekat kawasan kubur? Tu paling nak show off la hahaha sbb rare kan. Yang lain biasa je la kutip sampah kat KL, bercucuk tanam pokok, mengajar budak budak yang takde peluang for education and macam macam lagi. Mula mula aku join under club, lepastu join yg whatsapp punya under club club lain, lepastu ada yang diajak kawan but under organisation luar, sampai lah ke cari sendiri online nak volunteer apa. Sijil dapat, kadang kadang baju free dapat, experience dapat, kawan baru dapat. Busy tahap mana pun that week I never feel regret by joining any of it.













Epilog: Jalan jalan with fwens

Study kat UiTM Shah Alam sangat lah seronok, unlimited places boleh pergi, nak ke KL boleh PD boleh. Ya Allah rindunya dengan dapat geng yang suka berjalan tp suka berjimat!!! Semua jenis faham each other. I tak ada teman lelaki nak bawak pi dating tapi i ada a very wonderful friends yang make my whole degree EXTRA fun! Impromptu hangout >>> planned ones!! Habis kelas je kalau bosan naik bas pergi I-City Central. Kelas gap ada 2 jam pun pergi I-City Central kejap. Bosan makanan DC je pergi I-City Central. Tulis je dalam ws group"jom pi ____" semua pakat on. Masuk kelas lambat baru balik I-City Central pun berapa banyak kali. Jalan kaki, naik bas, naik grab, naik motor. naik kereta member semua dah merasa. Tak naik helicopter je lagi. Sem 5 dulu, masa final gap. Plan punya plan, sewa kereta 8 orang gerak PD nak mandi laut. Berbekalkan bajet RM30 seorang tapi ada balance lebih, plan ni berjalan lancar weh. Kan aku cakap, bab berjimat dengan kaki jalan ni boleh contact kitaorang je. Hihi. Alhamdulillah kan selamat pergi balik. Haih, remember when Tinab selalu nak makan cendol tapi pergi selalu tutup? Tak habis habis nak menyendol sampai sampai kecewa haha.













Epilog: Badan Cergas, Minda Cerdas

Facilities kat UiTM Shah Alam kalau beriadah seronok... Malangnya, kitaorang merasa semua ni masa nak dekat habis sem. Sayang ler lambat sedo diri. Swimming pool ada, sauna ada, segala jenis peralatan sukan ada. Kalau lah dari awal aku start beriadah pergi pusat sukan tu konfom kurus dah by the time habis belajar weh. Ni masa study week sebab tak balik punya pasal baru nak jinak jinak pi sana. Masa study week kan tak ramai orang, time tu lah kitaorang bermain beriang ria menguasai pusat sukan tu. Sbb kalau nak tau, pusat sukan tu hari biasa ramai umat athelete terutama lelaki la. Yang aku segann nak pi sebab I believe I dont belong there macam boleh jadi bahan jenaka je kalau main sukan ni. Aku tak suka woo sukan anti haha. Tapi nak dijadikan cerita, sbb Shah Alam la dari aku ingat frisbee tu sekadar baling sambut je sampai lah aku dapat join a team. Walaupun aku lopek sampaikan team aku sendiri tak sanggup baling piring tu kat aku, tapi aku berpeluh la jugak (no correlation at all). The last time aku main, aku adelerr merajuk gak sbb orang tak pass kat aku sampai aku dengan Naja decided nak pinjam basikal pusat sukan dari berlari kehulu kehilir cam orang bodo. So mengayuh la kitaorang kat UiTM Shah Alam yang berbukit tu. Penat gila tp lagi better dari tercongok menunggu piring tak kunjung tiba hahahahah sumpa aku taknak main benda lari lari dah so not me.







Epilog: Pertandingan menyanyi

Dua kali I join pertandingan nyanyi. Walaupun tak menang, tp the experience tu mahal bro. I am so inspired by my bestfriend sbb seronok tgk dia masuk pertandingan menyanyi dekat Uni dia. So I would like to give it a try masa sem 4. Sem 4 dulu masuk under kolej Melati (Karyaku) koir dalam 18 orang masatu. Special thanks to my ex-roommate, Nabilah sbb dia whatsappkan JPK selit nama aku masuk koir ni tau. Kalau takde Nabilah, sampai sini je lah epilog kali ini takde perenggan lain dah hihi. Kitaorang nyanyi kat Dewan Sri Budiman, ramai terox orang sbb semua pakat kumpul kupon and bawak member memasing. Baju shantik sangat sampai menang pakaian terbaik gituw. Lagu yang kitaorang nyanyi sebabkan syarat kena ada 2 lagu so, kitaorg combine lagu Hajat - Hael dgn Nisan Cinta - Jacklyn & Nana. Syok tau jumpa kawan baru dah ler semua masuk air dengan dapat belajar vocal dengan cikgu vocal, kena acting and feel masa menyanyi tu aish sonok. 

Maka berterusan lah sampai sem 5 (Wirasa). Tapi yang sem 5 wakil fakulti, nyanyian berkumpulan. Ada la 6 orang masuk. 3 orang perempuan mmg kenal dari koir melati sem lepas. Yang 3 orang lelaki kenal masa sem tu. Boleh blend in dengan baik pulak tu. Kitaorang takde coach, semua berlatih taram sedap je tapi nasib ada juga yang pandai atur music. I cam biasa la take over bab choreography ni. Nak pilih lagu pun take few days sbb nak sesuaikan dengan suara semua orang. Last last amik lagu Sissy Iman - Pesanan Ayahanda. Dapat masuk Wirasa ni pun instant je sbb pernah wakil karyaku tak payah pi audition. Rejeki. Tiap malam lah daki pi fskm tu semata nak practice. Semangat waja betul. Hari pertandingan, nyanyi kat datc. Baju kitaorg dah ler takde bajet sangat tau. Baju tu memang macam bagi masuk pakaian beragam jugak la banyak diy je guna reben. First time nyanyi mic depan orang ramai. Weh the feels. Rindu la siot taktau nak habaq. Rasa nak tukar cita cita jadi penyanyi but my voice tak sedap sangat. Hanya mampu nyanyi dekat WeSing je la time pkp ni. 

Kalau sem 6 takde FYP aku dah masuk kot Karyaku tapi apakan daya kena tolak tepi takut takleh seimbangkan masa nak practise dgn fyp nya lagi. Cumanya masa sem 6 tu nak dijadikan cerita aku diberi rezeki sesuatu yang baru. Tiba tiba dapat whatsapp dari no tak dikenali, rupanya aku dijemput jadi salah seorang juri pertandingan nyanyi lagu Jepun :') Hihi pengalaman bermakna tu kena tentukan pemenang tu tapi kelako la aku jadi juri nasib dia tak suruh comment depan orang ramai sbb aku pun entah apa apa je ahahhaha.









Epilog: Bilikku bilikmu juga

4B-00-01 lah jadi tempat berkumpul ramai ramai. Itu bukan bilik aku dengan tinab tapi bilik semua orang >.< Jarang lah berdua dengan tinab je. Tapi kitaorang tak pernah kisah kalau kau nak tido ke, nak makan ke, main kad ke, menyanyi ke, buat assignment ke, tempat buat suprise birthday ke dia kira macam bilikku bilikmu juga. Salah satu sebab jadi "hotspot", sebab kitaorang punya bilik level bawah sekali sebelah lif. Lepak dulu ramai ramai, gossip pasal orang lain sebelum masing masing naik atas. Bilik diorg sendiri kadang jadi tempat tido je atau bila diorg nak "me time". Bilik wing captain tapi bising dia masyaAllah. Orang atas tu sumpah annoying suruh senyap bape kali tah. Bising sikit tak boleh!! Sini jugak la tempat kitaorang berjamming guna ukelele. Merasa time penghujung semester je sbb aku baru bawak dari rumah. Banyak cover dah release hahahaha Aini pun belajar ukelele seminggu je terus pandai. Pasal bilik ni kan sebab dia level bawah sekali, bape kali dedah aurat aku taktau nak habaq la. Cleaner lelaki, SRK, contractor dgn bapak orang la macam macam suka suka je lalu tau. Boleh kahwin dengan berapa orang dah kitaorang ni. Normal la perempuan berkemban lepas mandi dah la kami bersusah bertudung kalau kat luar. Kat kolej sendiri pun payah nak kena jaga juga. Peduli hape, kalau nampak lari la pastu dalam bilik nanti memasing cerita "WEH ADA LAKI NAMPAK AKU TADI BUKANNYA RETI NAK TUTUP MATA LAGI MENENGOK ADA LA" HAHAHA kepohh. Bape banyak bilik org aku randomly masuk sebab nak menuju ke bilik aku tu jauh. Lepas mandi nak otw bilik je berdoa supaya takde lelaki. Sekali kalau ada, termasuk la bilik orang mintak tumpang sembunyi. Sebenarnya banyak je event berlaku dalam bilik ni tapi too hairy la hihi.






Epilog: Karaoke sesh

If you know me, karok is my thanggg. I un-virgin kan ramai karok virgin tau. But my biggest achievement is I berjaya buat Tinab suka pi karok. Sebabkan stress kena represent fyp, tetiba dia cakap best pulak karok padahal dulu kalau nak ajak dia memang dia tolak dulu benda ni. Gila mic rupanya budak ni hahahaha. Cuma Tinab ni hanya boleh karok dengan aku and Aini je takleh tambah orang lain. Orang orang kepercayaan. Kadang kadang tu, sbb takut yang lain terasa sbb tak ajak pi karok tu, kitaorang pergi senyap senyap. Tapi post kat story jugak tu hahahha daser. Sorry guys kalau terbaca!!  Before I-City Central punya tempat karaoke. There is Plaza Alam Sentral 3 jam RM13 termasuk air. Tapi I City Central punya karaoke best gila woo. Thank you to all my friends yang sudi layan gian karok aku. Bagi aku chance nyanyi sorang hihi. The best part about karaoke with friends is bila part jerit mmg semua jerit habis luahkan everything sampai sakit tekak, yang ayu pun boleh jadi ayoh goyang dumang aaahhhh. Rindu pulak karok time pkp ni. Karok ni banyak video tp takyah la nanti buat sakit telinga je.



Epilog: F Why P

Ada satu tempoh tu, bilik tu ditinggalkan. Senyap sunyi je bilik beberapa hari tu. Semua salah FYP. Boleh kira 60% life masa sem 6 ni memang dihabiskan semata untuk FYP je. Bersengkang mata beberapa malam. Pagi petang siang malam hadap muka yang sama. Kami bertiga perempuan, aku, Tinab and Aini berserta seorang jejaka bernama Muzz. Jadi memang tak boleh lah kalau nak buat dalam bilik kitaorang. Pernah sekali kitaorg bagi idea kat Muzz suruh pakai tudung masuk Melati tau sbb penat dah nak buat kerja kat luar sampai la esok pagi tu. Nak baring tak boleh. Sakit pinggang taktau nak habaq la dengan peningnya hadap laptop dengan berjuta perkataan kena baca. Aini yang duduk rumah sewa membazir je bulan bulan terakhir tu, balik rumah sebulan sekali je aku rasa hahaha. Semua demi fyp. Bape kali tak tido aku taktau la. Tapi masalahnya, kalau nak buat kat bilik tu dugaan mengantuk tu lain macam wey huhu jadi aku banyak request buat kat luar. Thanks to FYP aku berjaya turun berat 6 kilo sbb stress taknak makan. Pernah dalam sehari aku hanya makan secucuk ayam uncle bob tu je sbb tiap kali nak makin asyik nak  muntah. Pastu mula la cerita "aku stress aku tak lalu makan" "eh tapi akukan kalau stress lagi nak makan" hahahaha weh rindu la. Dah la kita semua kalut fyp, ent berterabur tapi ent dapat A jugak! Power!! Aku bersyukur tak terkira dengan team aku. Semua pandai pandai we end up dapat A doh for fyp. FYP, ENT dedua A. Ya Allah thank you to my groupmates. Sumpah seronok penat lelah sepanjang sem tu membuahkan hasil. Tiber ada idea nak buat next blogpost pasal apa hihi.

Stay up kan benda biasa as a student tp kalau sebab fyp ni stay up jadi luar biasa. I legit slept for 2-3 hours je everyday bila dah masuk waktu waktu last minute tu. Kitaorang pernah stay up kat kfc dari lepas isyak sampai pukul 9pagi esok tu. Alkisah pernah terjadi dulu ada masa nak hantar proposal, stay up kat NR sampai pukul 7 pagi, proposal hantar last pukul 9 ke 10 tah. Ingat pukul 7 tu nak balik bilik nak double check  proposal lepastu pi print. Masa kat bilik tu, Aku Aini Tinab masing masing hadap laptop recheck balik proposal, berapa banyak kali tersengguk. Tiba tiba, semua menghadap laptop tapi mata masing-masing tertutup lepastu gelak sedar sedar ada beberapa minit je lagi. Time tu la kelam kabut nak print, nak hantar dalam online semua ditambah lagi dugaan internet and laptop lembab nak mampussss!! Tinab dengan Aini ada stamina kuat memikul tanggungjawab hantar hardcopy pi daki bukit fskm gi bilik madam dari melati, amik masa 4 minit je wey pecut. Sumpah kalau aku berlari sekali time tu boleh mati tengah jalan. Kalau nak cerita bab duit habis taktau nak habaq la. Pakat hutang je masing masing. Pahtu, bape banyak kali coincidentally tersama colour baju berempat hihi kiyuuut.  Kitaorang ada hobi sejak Muzz balik dari vacay. Aku dulu kan berlatih Wirasa kat fskm. Kadang kadang kat TH05  sbb situ ada mic. Asalnya memang cadang nak buat fyp kat fskm tapi cari punya cari spot nak buat kerja selain Laman Najib terpergi la kat TH05 tu. je situ. Sekali terkarok daa sampai gian karok free kat situ. Tiap masa suka cari peluang nak karok situ tunggu kelas tu kosong; hari Jumaat pukul 12 kelas kosong.

Kitaorang ada persamaan tau which are 2S (September babies and Single) :P Muzz, kalau baca, terima kasih do sbb otak kau tu banyak sumbang idea nak siapkan methodology. Otak laki memang genius boleh terpikir benda yang tak terpikir nak buat. Poster kita pun, thanks to abang kau sgt sgt sbb tolong siapkan lawa sangat poster aku in love terox dgn poster seproffesional gitu. Kalau boleh bawak balik, aku nak je tampal kat bilik aku haha! And tak lupa, sudi terima ajakan kitaorang nak segroup fyp ni hihi baik sangat Muzz. Walaupun kita takde kesempatan nak "hangout" together tapi aku nak kau tau yang weols happy berkawan dengan kau. You are a very good friend tabah je layan kitaorang hihihi 😝 Aini, kerja rajin laju je siap banyak kerah tenaga and muka surat dalam fyp kita. Maaflah aku suka nyakat korang dua sbb mana tau hubungan tu menjadi disebabkan aku kan heh. Tinab pun, rajin bagi idea to solve the problem, paling function nak dapatkan data. Tanpamu Tinab, aku taktau la apa nasib fyp kita ni. Dah la bape banyak kali nak tukar tajuk. Sumpa sedey do ingat tak kita kena represent, kena gelak masa present proposal hahaha aku taktau nak habaq la punya sedey, kita berempat depress dalam kelas lepas sir keluar. Dengan berapa minggu sekali je jumpa dengan SV sbb SV busy. Tapi despite all those challenges A jugak brooo!!! Puas hati sangat! We make the impossible, possible! Walaupun suka last minute hahah. 














Epilog: Persembahan Pre-Grad Dinner

Hahaha tak anis lah kalau tak over excited benda macam ni. Dari Diploma lagi dengan classmate lama dulu memang setia buat persembahan dapat no 1 la. Tapi degree ni masa mpg je ada persembahan so mmg dah lama tunggu last semester ni je la yang dapat buat. Ego la jgak dengan classmate baru mula mula tu pasal nak buat persembahan. Tapi sbb kelas D ramai ex class A masa diploma, kenalah ada semangat tu. Idea permulaan biasalah dari aku, last last tukar jugak. Sobss takpelah dah biasa dah dari dulu haha. Tapi semua idea tu berkembang elok je campur otak orang tu, otak orang ni jadi kiyut sangat overall performance. 3/4 malam jugak la practise menari menjadi la jugak dapat la menari. Yang dulu tak pernah bersembang, dapat jugak bercakap akhirnya haha. Hanya kawan kawan aku saja yang tau nape seronok sangat tah persembahan tu kikiki. 





Epilog: Swimming pool rumah orang

Benda ni start sem 5. Berlaku sekali sepanjang satu sem. Kitaorang menanti je tuan rumah ajak pi rumah mandi kolam kat kondo diorg. Plan punya plan, menjadi. Pertama kali punya swimming pool, berbekalkan menu spaghetti carbonara dengan air gas. Biasa la lepas mandi kolam penat lapar kan. Masa mandi kolam ni, berapa kali kena tegur pak guard sebab bising ganggu orang lain. Excited lebih masa tu sbb ada bola dengan ramai orang. Second time mandi swimming pool, berbekalkan menu kerabu maggie makan dalam talam dgn hotdog hiris Aini sambil tengok movie Gemini Man. Seronok mandi kolam ni. Asalnya ada plan nak kumpul duit semua orang, pergi rumah mana mana nak spent time together la satu malam kat rumah ada kolam. Tapi apakan daya, penghujung sem memang duit tkde la dengan banyak duit habis kat fyp nya lagi. Ada rezeki lain kali lah kita pergi. Semoga masing masing banyak duit untuk melaksanakan plan ni. Aminnn!!




Epilog: Study week terakhir

My first time I decided to taknak balik lepas dah habis Week 14. Seminggu study week tapi aku memang taknak balik. Last sem kan. Nak luang masa dengan kawan kawan. But suprisingly, kitaorang start buat study group ramai ramai masa second day study week sebab Huda ajak, our grand sifu. Study group tu makin lama, makin ramai yang join. Tapi mmg study yang tak main main. Ada la jugak tak disiplin haha aku la tu tak nak join merajuk la yada yada. Cedey tul last last day tu boleh merajuk pulak ish gegham la haha. Kitaorang ni kan dah la tak balik study week. Balik rumah pulak masa last last, walaupun habis paper awal. Banyak berjoli jugak la tp still kena siapkan fyp and apply intern. Apa aku nak cerita kat topic ni, aku rasa study week ni la paling effisen. Walaupun ramai, tapi faham. Satu hari, satu topic buat latihan banyak banyak. Bagus la, result masing masing memberansangkan tau sem ni amazing. Bukan takat tu je, tapi dari segi pengurusan masa pun. Bangun awal, study, solat, petang tu bersukan, malam tu either sambung study atau bersuka ria kejap. Tapi gitula lifestyle sepanjang study week tu sampai last day paper. Kalau lah start dari awal sem 3 tu study week macam ni, memang dekan lah tiap sem haha. Btw, ada kisah di sebalik gambar gambar bawah ni hahahahhahaha ytjt


Epilog: Birthday suprise

Benda ni macam acara kewajiban setiap bday someone. Rasa boleh tulis kat resume kot skill plan suprise kat orang takpun akan datang boleh buat bisnes seseprais gini kan. Boleh kira jadi juga la setiap suprise yang diplan. Terkena pun ada jugak tapi bukan kat birthday guwe sbb birthday aku tinab aini semua dalam sebulan. Kemain ko, aku dapat banyak kek masa bday tinab from Mira and my KKS tapi hari bday aku krik krik. Rupanya diorg compile terus semua kat birthday Tinab. Hihi co sweet sayang korang. Birthday Marsya dgn Elaika tak dapat buat sbb bday Marsya masa cuti sem, Elaika dia cakap dia taknak hahaha. Group ws pun ada macam macam la, "Ola Bola" "Shopping spree" laa huweh, tukar nama Fahira jadi nama Muzz la apa la macam macam cara taknak bagi kantoi. Tapi aku mengaku aku tak pandai berlakon tp boleh tolong plan la. Berapa banyak kali nak kantoi sbb aku tah hihi. Nanti ada la tu postmortem bila suprise dah settle haa ada la nanti tunding jari kat aku punca hampir kantoi hahhha. 






There is a lot of thing nak tulis lagi. Tapi sebabkan "public" kihkih I may keep some stories between me and them only lah. Bersyukurnya aku Ya Allah diberikan juga nikmat seronoknya zaman belajar ni boleh kenang kenang masa dah tua nanti. Next post kita cerita tips menghadapi FYP pulak nak hikk :) Sebelum aku akhiri kalam blogpost yang panjang berjela sbb gambar banyak ni, aku ada surat cinta untuk insan yang tersayang. If you are the one who stick with me through my thick and thin during my studies, this surat cinta is dedicated for you extra special.


-------------------------------------------- OPEN SURAT CINTA ------------------------------------------------


To my dearest friends (close one, you know who you are),

Thank you kawan kawan ku yang tersayang sebab sentiasa berada di sisi aku, even masa aku mood swing sekali pun. Aku tak tahu lah nak lafazkan macam mana rasa seronoknya aku dapat kawan dengan korang. We are so open, and tak kisah. Dengan korang aku ada rasa sense of belonging sangat. Aku rindu kita semua. Rindu nak lepak sama sama ada je cerita nak borak bila dah ramai ramai. Somehow, i feel like I dont even need a man because I have you guys. You guys are more than enough. Maafkan temper aku sbbkan aku, kita macam ada batas pulak since that new year incident. Nyways, the fact that we are student yang legit broke esp di pengakhiran sem, all of us sepertinya mengerti each other and tak kisah bila bab pinjam duit ni. Semua memang jenis yang akan bayar balik and pinjam lagi, bayar balik pinjam lagi sampai habis sem baru bank in. Eh kalau aku ada terhutang lagi dengan sesiapa ke roger aku tau!!

I really want you guys to know I love you guys so much. Thank you for being my ears listening to so many rants of mine, and place for me to cerita pasal crush. Thank you for saying yes to my "jom". Thank you for being my food hunting partner[s] to keep my craving satisfied. Thank you for being my laughing gas to let me burst out laughing sampai sakit perut, keluar air mata. Thank you for all the knowledge that you guys shared including dark side things. Thank you for keeping boredom away. Thank you for the birthday surprises on Tinab's birthday. Thank you for all the food you guys let me taste some. Thank you for "nak sikit air" when my water supply were out of stock. Thank you for the time we spent together. 

I wish I can hug each one of you again. I wish there is more jalan jalan together again. We are so far yet so close inside my heart gitu. One day, when we meet again, I want us to spend all night together sharing stories like we used to. Bukak TV and throwback video video lama banyak dalam laptop aku. Aku tak leh stop senyum sebab tengok video kita practice menari dulu hihi. Okay la, I love you guys.

It's hard when you miss people. But you know, if you miss them it means you were lucky. It means you had someone special in your life, someone worth missing. -Nathan Scott

Sincerely,
- A friend that misses youuuuuu.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------